Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Penduduk Kg. Tuntumulud Bingkor bina gerbang dihias jalur gemilang terjemah cinta negara

0

PELBAGAI  cara yang dilakukan oleh rakyat untuk menterjemahkan kecintaan terhadap negara tumpah darahnya.

Ketua Kampung (KK) Kg. Tuntumulud Masrin Anjor

Di Kg. Tuntumulud Bingkor (Sabah, Malaysia), penduduk di situ membina dan menghias gerabang pintu masuk ke kampung mereka dengan jalur gemilang bersama bendera negeri Sabah sebagai menyokong saranan Pegawai Daerah Keningau, Walter Kenson yang meminta seluruh rakyat di daerah Keningau diwajibkan mengibar jalur gemilang sepanjang sambutan bulan kemerdekaan Malaysia 2021.

Pada Jumaat, Walter melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat daerah.

“Kemerdekaan ada dalam jati diri setiap jiwa rakyat,” Walter dipetik dalam pesanan khasnya kepada seluruh rakyat Keningau pada Jumaat.

Saranan Walter disambut baik oleh rata-rata penduduk Kg. Tuntumulud yang menyifatkan saranan Pegawai Daerah Keningau itu sangat penting.

“Kami menyokong saranan beliau (Pegawai Daerah Keningau),” Kata Ketua Kampung (KK) Kg. Tuntumulud Masrin Anjor.

Masrin berkata, penduduk bergotong royong membina gerabang pintu masuk ke kampung mereka yang dihiasi dengan Jalur Gemilang bagi tujuan menghargai jasa pejuang-pejuang terdahulu ketika memerdekakan Malaysia daripada cengkaman penjajah.

“Kami pamirkan kelainan pada tahun 2021 .. kami bina gerabang pada ketika penduduk di tempat lain hanya memacakkan jalur gemilang,” Tambahnya begitu bangga. – Oleh: EKOK AMIN

 535 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.