Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Penduduk maut dihembab pokok di Keningau

0

SEORANG penduduk maut selepas dihembab pokok di Kg. Cinorop Bunga Raya Keningau (Sabah, Malaysia) pada Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Sabah dalam satu kenyataan kepada media, mangsa dikenalpasti sebagai Lauri bin Bangkang, 57, meninggal di lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,”.

“Mangsa dibawa ke Hospital Keningau menggunakan Ambulan untuk tindakan lanjut,” jelas kenyataan itu dan memberitahu jabatan itu menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 2. 22 petang.

 762 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.