DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan Perdana Menteri membuka ruang ke arah perubahan buat Malaysia.
“Perletakan jawatan ini disambut baik,” Katanya dalam hantaran Facebook beliau pada Isnin.
Ketua Pembangkang itu mengesa semua pihak supaya bertenang dan berdoa kepada Malaysia agar kembali bangkit dengan kuat dalam menghadapi tantangan kesihatan dan ekonomi msa kini.
“Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara,” Jelasnya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Terdahulu Muhyiddin memaklumkan beliau menyembah warkah surat peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Namun Seri Paduka berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker sehingga seorang Perdana Menteri baharu dilantik.