JIWA perwira, falsafah ini tersemat jauh dalam hati pesara pesara tentera di Keningau untuk menterjemahkan kasih sayang mereka terhadap insan yang memerlukan bantuan.
Terbaru, sekumpulan pesera tentera menderma darah kepada seorang pesakit Diabetes Mellitus atau kencing manis yang akan menjalani pembedah kali kelima di Hospital Daerah Keningau.
“ Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVTM) Cawangan Keningau bersedia membantu kepada sesiapa tanpa mengira status,” Kata Ketua kumpulan penderma Masrin Anjor.
Mastin berpangkat sarjan ketika dalam perkhidmatan Angkatan Tentera.
Beliau berpegang teguh dengan slogan, “jangan Tanya apa kerajaan beri, tetapi Tanya diri sendiri, apa yang telah kita sumbangkan kepada kerajaan,”
“..Sebab itu kami inisiatifkan sumbangan ini (derma darah) ini kepada pesakit yang memerlukan,” Jelasnya.
Pegawai Perhubungan Awam Bank Darah Keningau Alinah Liman memuji tindakan pesera-pesara tentera itu, apa yang beliau sifatkan contoh terbaik yang wajar diikuti oleh pihak lain.
“Anda (Pesara Tentera) telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa orang lain, kami berterima kasih dengan anda,” Katanya. – Oleh: EKOK AMIN