Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PRN Sabah, PH belum bincang Kerjasama — Ewon

0

KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, PH Sabah perlu diberi autonomi untuk menentukan pihak mana dan bentuk kerjasama dengan mana-mana parti sesuai dengan perkembangan politik semasa. 

Sebab itu tambahnya, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) belum  lagi membincangkan secara formal kerjasama antara mana-mana parti untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sabah, yang akan datang.

“Belum ada sebarang kata putus berkaitan Kerjasama PH dengan mana-mana parti buat masa ini dalam menghadapi PRN Sabah akan datang.

“PH Sabah perlu memilih rakan yang mempunyai asas perjuangan yang sama, misalnya dalam memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menuntut satu pertiga bilangan kerusi di Dewan Rakyat dan tuntutan pemberian hasil 40 peratus,” katanya dalam kenyataan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UPKO, di sini, Selasa..

Ewon mengulas kenyataan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan BN dan PH telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi PRN Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

Di Bagan Datuk  pada pada Ahad Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu, Barisan Nasional (BN) dan Pkatan Harapan (PH) telah muktamad Kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun hadapan.

Jelasnya persetujuan itu menjadi asas kepada Kerjasama untuk menghadapi PRN Sabah.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.