Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PRN Sabah: UPKO Libaran sambut baik saranan Ewon untuk menang banyak 

0

SANDAKAN: Pertubuhan Kinabalu Ptogresif Bersatu (UPKO) Libaran menyambut baik saranan Presiden parti itu, Datuk Ewon Benedick untuk UPKO menang lebih banyak kerusi DUN Sabah pada PRN 2025 nanti.

Ketua Bahagian parti itu di Libaran, Dr Peter Jr Naintin berkata, kerja-kerja pemantapan parti di peringkat akar umbi sedang dipertingkatan di seluruh daerah di Sabah.

Selain daripada itu, program-program yang dirancang oleh Biro Penerangan & Penyelidikan UPKO akan dijalankan di setiap bahagian mengikut perancangan dan kesesuaian.

Jelajah Biro Penerangan telah berjaya dianjurkan di kawasan Bengkoka dan Kuamut. Jelajah awal ke akar umbi sudah dimulakan di kawasan Pantai Barat Sabah, terutamanya di kawasan Pitas, Kota Marudu, Limbahau, Membakut, Kimanis dan Labuan.

Sejak daripada awal penubuhan Parti United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) telah membuka banyak ruang dan peluang kepada seluruh Rakyat Sabah yang ingin berjuang di dalam arena politik, terutamanya muda-mudi tempatan untuk bersama-sama mempertahankan dan memperjuangkan MA63.

UPKO mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan terbukti telah melahirkan beberapa tokoh pemimpin politik tempatan yang berjaya membawa perubahan ketara dan positif di Wilayah Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya.

Pada awalnya, UPKO ditubuhkan pada tahun 1964 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri Sabah yang pertama pada April 1967.

Tun Fuad Stephen, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama dan ke-5 merupakan pemimpin utama UPKO pada ketika itu.

Demi Perpaduan seluruh Bumiputera pada ketika itu, UPKO dibubarkan pada Disember 1967. Namun pun begitu, UPKO dihidupkan semula pada Oktober 1999 dibawah kepimpinan Tan Sri Bernard G Dompok, bekas Ketua Menteri Sabah ke-11.

Pada Jun 2020, UPKO telah dijenamakan semula sebagai sebuah parti berbilang kaum yang dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

UPKO menjadi lebih inklusif untuk semua terutamanya di Pantai Timur Sabah. Ini terbukti apabila UPKO Libaran menerima ramai ahli-ahli baru daripada pelbagai etnik di Sabah seperti Sungai, Tidung, Bajau, Bugis, Kagayan, Kadazan, Dusun dan Cina sejak penjenamaan UPKO tersebut.

Ini menunjukkan bahawa Rakyat Sabah memerlukan sebuah parti politik yang mempunyai sejarah pejuangan MA63 sebenar dan mengangkat pemimpin generasi muda yang boleh menerajui perjuangan Rakyat di Sabah.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick berkata bahawa kemenangan di DUN Kadamaian perlu dipertahankan dan dijadikan inspirasi dan motivasi parti.

Dengan kepimpinan contoh ini, UPKO akan  bertanding lebih banyak kerusi dan perlu menang di kawasan DUN yang akan ditetapkan tidak lama lagi.

UPKO telah membentuk beberapa biro yang akan fokus dalam menjalankan kajian menyeluruh dan mencadangkan kawasan yang akan ditandingi menjelang PRN Sabah nanti.

Ini termasuklah Biro Politik yang diterajui oleh Ewon Benedick, Presiden UPKO; Biro Pilihanraya dan Pendidikan Politik yang dipengerusikan Datuk Wong Thien Fook, Naib Presiden UPKO; dan Biro Penerangan dan Penyelidikan yang dipimpin oleh Dr Peter Jr Naintin, Ketua Penerangan UPKO.

Ewon turut menegaskan bahawa keputusan pemilihan kerusi yang ditandingi tidak harus berasaskan kepada keinginan untuk bertanding semata-mata, namun berdasarkan kepada asas kepimpinan yang kuat di kawasan tersebut.

“Saya yakin bahawa satu hari nanti, UPKO akan mempunyai wakil rakyat di setiap daerah yang akan fokus, berani dan ikhlas dalam menerajui perjuangan Rakyat di Wilayah Sabah.

Semua ini akan berlaku apabila generasi muda-mudi kita mula sedar bahawa merekalah sebenarnya yang boleh menentukan masa depan Sabah yang lebih baik.

Dengan kerjasama yang lebih progresif di antara pemimpin muda dan veteran kita yang berpengalaman, saya percaya kepimpinan UPKO akan senantiasa subur, berwibawa dan mampu membawa perkhidmatan nilai tambah kepada Rakyat Sabah” kata Peter.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.