LONDON: Seramai lima calon yang bertanding bagi merebut jawatan Perdana Menteri Britain akan berentap dalam tiga pusingan debat yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Pada awalnya, seramai 11 calon mengumumkan bertanding bagi menggantikan Boris Johnson yang secara rasmi meletakkan jawatan pada 5 September depan.
Namun, bilangan tersebut berkurang kepada lima calon, selepas dua pusingan undian yang dijalankan Parti Konservatif.
Sehingga kini, tiada calon mutlak mendahului persaingan.
Bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak ketika ini mendahului dengan dua undi.
Bagaimanapun, beliau berdepan tentangan dari Menteri Luar, Liz Truss yang mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen kanan serta cabaran dari Menteri Perdagangan, Penny Mordaunt yang dianggap paling popular dalam kalangan Parti Konservatif.
Dua lagi calon adalah bekas Menteri Kabinet, Kemi Badenoch dan Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Parlimen, Tom Tugendhat.
Perdana Menteri baharu yang bakal dilantik berdepan cabaran menangani inflasi, kelembapan pertumbuhan ekonomi serta isu keyakinan rakyat yang merosot susulan pentadbiran Johnson yang dibayangi skandal.-BBC
414 total views, 1 views today