Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sahanip Dijangka Menang TKB

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Berbaki hanya dua minggu, perwakilan Umno Bahagian Keningau dilihat memberi tumpuan kepada persaingan jawatan Timbalan Ketua Bahagian antara Sahanip Jamil, Hadjin Surajee dan Amir Jani.

Pertembungan sengit pada dasarnya, namun kajian sikap yang dilakukan mendapati Sahanip Jamil dijangka menang berdasarkan rekod kerjanya yang merupkan antara pemimpin yang bertanggungjawab mengembangkan pengaruh Umno di Keningau pada tahun 1991.

Sahanip merupakan Setiausaha Umno Bahagian Keningau yang sangat berjaya, yang direkodkan salah seorang pemimpin terawal  yang bertanggungjawab mengembangkan pengaruh parti itu di Keningau.

Beliau pernah menjawat Naib Ketua Bahagian parti itu di sini.

Berbekalkan pengalaman yang ada, Sahanip mampu membantu kepimpinan Umno Keningau untuk megembalikan kekuatan parti serta memperkasa silaturahim dikalangan ahli-ahli parti di bahagian itu.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.