Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Saya bangga berkhidmat untuk rakyat ketika dunia dalam situasi mencabar – Arthur

0

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berjata, beliau cukup berbangga dapat berkhidmat ketika keadaan dunia sangat mencabar.

Katanya, tempoh 17 bulan mungkin satu tempoh yang singkat bagi pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), namun  sepanjang tempoh itu segala cabaran yang luar biasa tetap diharungi untuk kekal berkhidmat kepada rakyat.

“ Walaupun berdepan dengan pelbagai halangan, saya telah usahakan yang terbaik untuk merancang dasar-dasar ekonomi negara,”.

“Sebagai wakil dari Sabah, sudah pasti saya berasa bangga dengan prestasi serta pencapaian ini walaupun bertugas dalam tempoh masa yang singkat.

“Antara usaha yang dilaksanakan adalah penambahan menara telekomunikasi baharu, menaik taraf rangkaian komunikasi dan internet, membina beberapa projek jalan raya yang menghubungkan kawasan pedalaman Sabah serta menaik taraf infrastruktur kampung untuk keselesaan dan kemudahan rakyat,” katanya melalui hantaran Facebook peribadinya.

Arthur yang merupakan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)  mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Unit Perancang Ekonomi(UPE) serta agensi di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang selama ini memberi sepenuh komitmen dan kerjasama sepanjang memegang jawatan  Timbalan Menteri.

Ktanya, tugas dan usaha akan berterusan dalam apa juga kapasiti demi menjunjung amanah yang rakyat berikan.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua, maaf atas segala kesilapan dan kelemahan,” Tambahnya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.