Oleh ROSANNA EDEZA.
TENOM: Tanggungjawab seorang pengandali makanan sangat penting untuk memastikan keselamatan pengguna, jelas Pegawai Pertanian Kanan Ts Mohamad Fauzi Abd Gulam.
“Pengendali makanan perlu mematuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,”.

“Ini termasuk membersihkan peralatan menggunakan sumber air bersih, menyimpan bahan mentah dan makanan di tempat selamat dan pada suhu betul serta mengamalkan kebersihan diri yang optimum semasa mengendalikan makanan,”. Katanya.
Fauzi berkata demikian Ketika merasmikan Kursus anjuran Seksyen IMAT, Jabatan Pertanian Daerah Tenom di sini baru-baru ini.
Seramai 23 orang peserta melibatkan lapan daripadanya ahli Persatuan Peniaga Daerah Tenom (PPUDT) menghadiri kursus sehari itu.
Fauzi menasihatkan orang ramai di daerah itu khususnya mereka yang terlibat dalam industri penyediaan makanan supaya meletakkan kesihatan makanan sebagai keutamaan.
Sementara itu Pengerusi Persatuan Peniaga dan Usahawan Tenom, Puan Rosinah Binti Abok menyambut baik kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Tenom apa yang beliau sifatkan peluang yang terbaik kepada individu yang terlibat dalam industry berkaitan untuk menghasilkan makanan yang berkualiti, bersih dan terjamin.
Rosinah mahu supaya kursus seumpama itu diteruskan dimas hadapan bagi memberi peluang kepada lebih ramai pihak yang mengambil bahagian.