KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin di Masjid Negeri pada Rabu.
Hajiji yang berjubah putih tiba di Masjid Negeri sekitar jam 7.00 pagi.Sementara Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah NorlidahTan Sri Datuk R.M. Jasni tiba di Masjid Negeri sekitar 7.20 pagi.
Solat Sunat Aidilfitri dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Suhaidi Haji Kuanting dan khutbah Aidilfitri disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Ustaz Haji Bungsu @Aziz Haji Jaafar.
Selepas selesai solat sunat Aidilfitri, Hajiji bersama Speaker Dewan Undangan Negeri,Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M.Yahya dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir.Shahelmey Yahya menghadiri majlis jamuan pagi di Masjid Negeri.
Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Haji Mohd ArifinMohd Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Ruslan Muharam dan Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah, Timbalan Yanb di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAIN) Encik Jumain Abdul Ghani.