KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): UMNO Sabah menzahirkan sokongan penuh terhadap cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pengwujudan sebuah kerajaan Perpaduan Negeri Sabah yang melibatkan seluruh parti politik negeri dibawah bayu itu.
Pengerusi parti itu di Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin memberitahu dalam satu kenyataan, beliau yakin kerajaan perpaduan itu mampu meredahkan suhu, sekaligus menstabilkan politik di Sabah yang sejak kebelakangan ini tidak menentu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu berharap Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menerima dengan hati terbuka saranan Perdana Menteri itu demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat di negeri itu.
Bung memberitahu sebahagian besar ahli-ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Sabah tidak dapat menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-enam kerana menghadirkan diri Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.
“Saya bersama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Sabah turut menyokong penuh Rang Undang-Undang Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan,” katanya.