KUDAT: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan perlantikan Mohd Asraf Chin Abdullah sebagai Ketua Penyelaras parti itu di Kawasan N. 2 Tanjung Kapor.
Ketua Bahagian parti itu di Kudat Junsim Rumunzing dalam satu kenyataan, perlantikan Mohd Asraf sebagai menerajui DUN Tanjung Kapor, dinilai berdasarkan pengalaman dan komitmen beliau sebagai ahli yang komited terhadap tugas.
“Ia juga memenuhi matlamat untuk mengalas tanggungjawab untuk memantapkan kekuatan Pakatan Harapan (PH) di Kawasan itu,”.
“Dengan pengalaman yang ada UPKO yakin bahawa beliau (Mohd Asraf) mampu melakukan yang terbaik untuk parti, dan rakyat di Kawasan Tanjung Kapor,” Katanya.
Junsim yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung I Upko Pusat mengajak ahli-ahli parti di Kawasan itu agar memperkasa usaha untuk mendekati dan menjadi perantara rakyat dengan kerajaan.
“Ahli-ahli parti perlu berganding bahu untuk melaksanakan tugasan ini,” Katanya di Majlis Ramah Mesra UPKO Kudat yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kompenan PH, PKR dan DAP.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Borneo Digest di atas liputan berita Pelantikan Tuan Mohd Ashraf Chin Abdullah sebagai CLC (Penyelaras) UPKO N4 Tg. Kapor Kudat