Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

UPKO Libaran sokong penuh Ewon Pengerusi PH Sabah

0

SANDAKAN: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Libaran sebulat suara memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Ketua Bahagian parti itu di Libaran Dr Peter Jr Naintin berkata, Datuk  Ewon mempunyai kemampuan yang tinggi untuk mengemudi PH Sabah.

“Upko Libaran memberi sokongan penuh kepada beliau untuk jawatan itu,” Katanya dan menambah,

“Kami percaya dengan karakter kepimpinan dan kemampuan Datuk Ewon dalam menerajui PH Sabah ke tahap yang lebih baik dan berketerampilan. Ini selaras dengan kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang fokus dalam usaha mengangkat darjat Rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,”.

“Sepanjang tahun lalu, Pakatan Harapan (PH) telah bekerjasama dengan Kerajaan Sabah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menggalakkan kemajuan sosial. Sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Ewon telah berusaha keras untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat seluruh negeri, dan telah menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan dan tanggungjawab.,”.

“Sama ada dalam pembangunan infrastruktur, peruntukan pendidikan, atau pengoptimuman dasar kebajikan sosial, kami sentiasa berpegang kepada prinsip “berorientasikan rakyat” dan meletakkan keperluan rakyat sebagai keutamaan tertinggi,”.

“Tahun baru adalah tahun perjuangan dan harapan. Pakatan Harapan akan terus menegakkan konsep keterangkuman, keadilan dan kemajuan, dan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi Pakatan Harapan untuk menggalakkan pembaharuan dasar bagi memastikan pengagihan sumber yang saksama dan mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk rakyat semua kumpulan etnik di Sabah,” Katanya.

Dr. Naintin merupakan Ketua Penerangan Upko Malaysia.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.