Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

114 PTI ditangkap di Keningau, Sook dan Nabawan

0

KENINGAU (Sabah, Maaysia) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berjaya menangkap seramai 114 orang Pendatang Tanpa izin (PATI), yang didapati menyalahi beberapa akta imigresen.

Dr. MUHAMAD SADE MOHAMAD AMIN

Pengarahnya, Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin memberitahu pada satu persidangan media di Keningau bahawa jumlah tangkapan itu merupakan saringan daripada seramai 371 orang warga asing yang dipereksa daripada empat buah kilang dan  sekitar bandar Keningau, Sook dan Nabawan.

Sade mengakui bahawa tangkapan seramai itu merupakan yang terbesar sepanjang masuk suku awal tahun 2020.

Beliau berkata, PATI yang  ditangkap  didapati melakukan kesalahan dibawah Sekseyen 6(1)( c ) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pasport atau pas yang sah.

Sebahagian PTI ditangkap di sebuah kilang di Sook

“Mereka juga (PATI) melakukan kesalahan dibawah Seksyen 15(1)( c ) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal melebihi masa selepas tamat tempoh pas, dan peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat-syarat pas,” katanya.

Statistik tangkapan terdiri daripada 55 orang lelaki dewasa, 15 orang lelaki kanak-kanak, 34 perempuan dewasa dan 10 orang perempuan kanak-kanak ditahan di  Pusat Tahanan Sementara (PTS) KImanis Papar sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Pegawai JIM bergadai nyawa memburu PATI di kawasan pedalaman Sabah

Operasi bersepadu yang melibatkan seramai 64 orang pegawai Imigresen, turut disertai seramai tiga orang anggota Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lima orang anggota Angkatan Pertahanan Awam dan seramai 30 orang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Sebanyak 14 keping Form 29 (Borang 29) telah dikeluarkan kepada wakil majikan kerana disyaki mengambil pekarja dikalangan PATI, melindungi PATI serta lain-lain kesalahan.

JIM melakukan pemereksaan di sekitar bandar Keningau

“Operasi bersepadu ini juga menjurus kepada usaha memburu sindikit yang membawa masuk PATI ke negara ini .. kita akan mengambil tindakan undang-undang tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah,” katanya.

Sade berkata Jabatan Imigresen Malaysia di Sabah mensasarkan tangkapan seramai 7,000 orang PATI sepanjang tahun 2020.

Beliau merakamkan penghargaan kepada orang awam diatas maklumat yang diberikan kepada jabatan itu dalam usaha menangani kebanjiran PTI di negeri ini.

 

 2,035 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.