Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

2.8 juta dos vaksin Pfizer, CanSino diterima di Sabah sedikit masa lagi – Hajiji

1 juta dos vaksin Pfizer awal bulan depan, 1.8 juta CanSino dalam permohonan

0

SEBANYAK  2.8 juta dos vaksin  Pfizer dan dos tunggal vaksin  CanSino akan diterima negeri Sabah sedikit masa lagi, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berbincang sesuatu dengan Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin setibanya di Dewan Masyarakat Keningau pada Selasa.

Mengesahkan perkara kepada media di Keningau  pada Selasa Hajiji  berkata, dos berkenaan akan memberi keutamaan kepada penerima vaksin di kawasan pedalaman, pulau-pulau dan ladang-ladang di seluruh negeri itu terlebih dahulu sebelum disalurkan ke kawasan lain.

“Kita telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi atau membekalkan 1.8 juta dos  CanSino iaitu untuk satu dos sahaja bukan lagi untuk dua dos.

“Saya juga dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa pada awal bulan depan kita akan menerima 1 juta dos  Pfizer.

“Ini akan kita gunakan untuk penduduk kampung yang jauh di pedalaman, luar bandar, pulau dan juga pekerja-pekerja ladang.

“Jadi dengan adanya bekalan vaksin yang cukup, kita yakin kita boleh dapat menyuntik lebih ramai rakyat kita di negeri Sabah ini,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Keningau di sini.

Ketua Menteri itu menambah, dos vaksin berkenaan akan turut diberikan kepada bukan warganegara yang berada di kawasan-kawasan yang dinyatakan tersebut.

Mengenai bantuan,  Hajiji berkata setakat 26 Julai 2021 kerajaan negeri Sabah telah menyalurkan bantuan tunai kepada 303,120 penerima.

“Selain dari itu saya juga ingin memaklumkan setakat ini kerajaan negeri telah memberi bantuan one-off secara tunai kepada 303,120 orang penerima iaitu lebih kurang 84 peratus penerima yang layak menerima bantuan.

“Setakat 26 Julai, kesemua bantuan tersebut menelan belanja lebih kurang RM88,015,000 dan kita telah menyediakan peruntukan sebanyak RM120 juta untuk tujuan ini.” jelasnya. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.