LEBIH 2,000 pemandu teksi,bas, Lori, bas mini dan bas Pelancongan di negeri ini telah menerima bantuan sekali bayar berjumlah RM300 daripada kerajaan negeri yang dibayar secara atas talian ke akaun bank masing-masing.
Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony berkata, kesemua pemandu dibawah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah yang belum mendaftar diminta untuk menghubungi Unit Pengangkutan Awam ditalian 088-22323,088-255375 atau 019-9547462 Encik Modesty’s Stewot dan 0198304406 Encik Burhan Nuddin.
Beliau memberitahu perkara itu kepada media.ketika ditemui di Daerah Kecil Sook baru-baru ini.
Jelasnya, diharapkan bantuan ini dapat mengurangkan beban para pemandu yang berdaftar dibawah LPKP Sabah yang hilang punca pendapatan dalam menghadapi penularan pandemik covid 19.
Dalam perkembangan lain katanya, bekalan beras di negeri ini masih mencukupi untuk tempoh setahun ini.
Mengenai penyaluran bantuan makanan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR ) dinegeri ini, Peter berkata ianya akan terus disalurkan secara berperingkat sehingga Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP )ini berakhir nanti.