Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Salung dilanda bannjir kilat

0

SEKURANG-KURANGNYA  62 orang penduduk di Kampung Salung dan sekitar  terjejas teruk selepas pengkalan sungai yang menghubungkan Mukim Pensiangan   itu dilanda banjir kilat.

Kelihatan penduduk sedang berusaha untuk menyelamatkan kenderaan yang ditengelami banjir di Salung

Mangsa-mangsa banjir yang dihubungi memberitahu, banjir kilat itu berlaku ekoran hujan yang turun tanpa henti sejak jam 5 subuh pada Khamis.

Harta benda milik penduduk seperti kenderaan turut ditenggelami air banjir yang mencecah sehingga tiga meter, dan pertama seumpamanya berlaku pada tahun ini.

Menurut Pejabat Daerah Nabawan terdapat lapan rumah yang terjejas namun tidak ada pemindahan dilakukan, sementara pihak berkuasa tempatan khususnya Pejabat Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.