KENINGAU (Sabah, Malaysia) — Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata, kementeriannya telah bersetuju untuk menaiktaraf jalan Karamatoi – Bonor.
“Ia sudah termasuk dalam senerai pelan Rancangan Malaysia (RMK) 12,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook di sini pada Sabtu.
Kira-kira 1000 orang menghadiri majlis yang julung kali diadakan di Dewan SJK ( C ) Cheng Ming Ansip.
Peter berkata bahawa jalanraya sejauh lapan kilometr itu merupakan akses penting kepada ribuan penduduk termasuk kakitangan kerajaan khususnya guru-guru yang bertugas di kawasan itu.
Beliau berkata bahawa penyelanggaraan sementara akan dilakukan bagi mengatasi keperluan semasa sementara menunggu perlaksanaan RMK-12.
“DE (Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR)) ada di sini dan kita akan arahkan penyelanggaraan segera, sebelum ia (jalanraya) kita angkat dalam RMK-12.” Katanya.
Menteri itu turut meluluskan dengan serta merta pembinaan sebuah Mini Dewan Kampung Karamatoi, tetapi memberitahu anggaran peruntukan sedang dalam penyelarasan.
“.. Dan dewan terbuka Mapila juga kita luluskan .. saya akan bincang dengan ADO peruntukan saya untuk pembinaan tersebut , kalau peruntukan tersebut mencukupi maka kita juga akan bina dewan itu pada tahun ini,” katanya
Mengenai aduan penduduk kampung Sondukut berhubung dengan masalah ketiadaan air bersih sejak lebih 30 tahun yang lalu, Peter berkata, kementetiannya menyedari masalah itu dan sedang berusaha untuk mengatasi dengan segera.
“Baru-baru ini mesyuarat bersama ADO (Penolong Pegawai Daerah) Sook kita telah membincangkan masalah ini .. beri saya sedikit masa .. saya tahu apa yang akan dibuat .. saya akan selesaikan masalah air di Sook ini,” katanya.