PERIHATIN, seramai 50 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 sehingga kini menerima sumbangan bahan makanan harian daripada Penguasa Rela (PgR) Lee Kun Fu pada Sabtu.
Majlis penyerahan sumbangan dilakukan di bangunan Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) yang turut disaksikan oleh Penolong Pesuruhjaya Rela (PPjR) Helmi Hj. Juran dan PgR Roger Edward Mahari.
Helmi merupakan Pegawai RELA Daerah Keningau.
Menurut Lee sumbangan itu sebagai sokongan kepada anggota yang yang telah menjalankan tugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. – BD