Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sungai Punteh tidak tercemar — Nasipin

0

SEKURANG-KURANGNYA 2000 penduduk di Mukim Dalit kerugian beratus ribu berikutan penyitaan operasi sementara kilang Keningau Palm Oil Mil Sendirian Berhad (KPOM), kata Nasipin Ebiu.

Beberapa hari lepas operasi kilang itu dihentikan kerana dikaitkan masalah pencemaran, namun Nasipin berkata, kilang itu tidak terlibat langsung dengan masalah pencemaran Sungai Punteh sebagaimana yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Persiden Pertubuhan Kesederan Jenayah dan Keselamatan Keningau Sabah (Pesan) Engah Sintan @ Dahlan Abdullah baru-baru ini mendakwa dalam satu kenyataan akhbar meminta pihak berkuasa alam sekitar menyiasat operasi kilang yang dikatakan melakukan pembuangan sisa yang mengakibatkan pencemaran sungai Punteh.

Engah mendakwa bahawa pemereksaan ke atas sungai itu (Punteh) mendapati pencemaran bau serta buangan cecair hitam yang menjejaskan sumber air penduduk Kuala Punteh, Tigasa dan Membulu.

Engah turut mendakwa beratus sepsis ikan mati disebabkan pencemaran itu.

Bagaimana pun Nasipin berkata bahawa dakwaan Engah itu tidak berasas sama sekali kerana kedudukan Sungai Kampung Membulu seperti yang didakwa Engah terletak 35 Km dari lokasi kilang,”.

“.. Juga sungai Kuala Membulu tidak ada  dengan sungai Kuala Punteh,” Ktanya di sini pada Rabu.

Nasipin yang mewakili pekebun kecil yang mengusahakan kira-kira 10,000 hakter sawit di mukim itu (Dalit) berkata, dakwaan bahawa berlaku kemusnahan hidupan sungai yang kononnya disebabkan pencemaran kilang itu berunsur jahat kerana penduduk khususnya yang tinggal berhampiran dengan kilang seperti Bilinin masih bersandarkan sungai utama itu untuk mendapatkan ikan sebagai makanan.

“Kampung Bilinin dan Tataluan masih menggunakan sungai itu (Punteh) pada setiap hari untuk mandi dan pelbagai kegunaan yang lain .. tidak ada satu pun ikan yang mati di sini,”

“Sepatutnya kami yang terkesan terlebih dahulu jika benar sungai itu tercemar,” Katanya, dan memberitahu bahawa dakwaan tidak bertanggungjawab itu bersifat meraih perhatian penduduk.

Nasipin berkata, sepanjang penutupan operasi kilang itu penduduk menanggung kerugian besar kerana terpaksa menjual tuaian sawit mereka dengan perjalanan sejauh 160 Km ke kialng-kilang di Sook.

“..Penduduk memandu sejauh 160 Km semata-mata untuk mendapatkan wang bagi menyara keluarga,”

Dengan harga sawit yang merundum jatuh pada masa ini, perkara ini sepatutnya tidak berlaku,” Tambahnya dan memberitahu bahawa kewujudan kilang itu di Mukim Dalit merupakan perjuangan bertahun-tahun seluruh penduduk di mukim itu.

“Kilang itu sangat penting untuk pekebun Mukim Dalit” — NASIPIN

“Penduduk yang minta dan merayu bertahun kepada kerajaan supaya kilang pemoresesan itu dibina di sini .. kilang ini sangat membantu ribuan penduduk di mukim ini,”  Katanya dan memberitahu bahawa Engah telah mengecewakan dan memusnahkan sumber pendapatan pekebun-pekebun kecil di mukim itu.

Sebagai rekod kedudukan kampung Kuala Punteh terletak di muara antara sungai Sook dan Punteh yang alirannya ke sungai Pegalan merentasi beberapa kampung seperti Membulu dan Ansip.

Melihat kepada geografinya jelas Nasipin, dakwaan Engah sama sekali tidak betul kerana kampung-kampung seperti Ansip tidak pernah mengadu bahawa berlaku sebarang pencemaran disebabkan kilang sebagaimana yang didakwa.

“Engah lebih tahu dan arif bahawa kualiti air sungai Sook dan yang lain-lain terjejas sejak berpuluh tahun disebabkan oleh aktiviti pembalakan yang tidak terancang,”

“Beliau (Engah) patut faham bahawa pembangunan seperti aktiviti pertanian yang dilakukan oleh pekebun kecil, penduduk serta yang lain-lain turut menyumbang kepada pencemaran hampir kesemua sumber air di daerah Sook,”

“..Dan Engah perlu mengakui bahawa penduduk yang tinggal di pesisir sungai juga penyumbang kepada kekotoran sungai,” Dedah Nasipin.

Menjawan satu soalan, Nasipin berkata, pihak berkuasa seharusnya terlebih dahulu melakukan kajian terperinci dengan mengambil kira pendapat semua pihak yang terlibat sebelum bertindak.

Beliau minta kerajaan supaya campur tangan dan membenarkan semula operasi kilang itu dengan segera bagi membolehkan pekebun kecil menjual tuaian sawit mereka bagi menyara keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Perjalanan (PKP).

“Beribu-ribu pekebun kecil bersandarkan kilang itu untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan,” Katanya.

 

 1,730 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.