Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jajaran jalanraya Sepulut – Pensiangan dinaiktaraf – Peter

0
Datuk Peter memerhati salah sebuah kenderaan yang tersadai ketika dalam perjalanan ke pekan Pensiangan

MENTERI  Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata, beliau akan meminta kepada Jabatan Perhutanan Sabah untuk mengeluarkan jalanraya sejauh 16 Km daripada 37 Km yang menghubungkan Sepulut dengan pekan Pensiangan dikeluarkan segera daripada tanah simpan agensi itu.

Peter mendengar taklimat mengenai perkembangan SK Pensiangan

Katanya, jalanraya itu perlu diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf dilakukan segera sebagai  akses perhubungan kepada seramai 2,500 orang penduduk yang tinggal di perkampungan terpencil itu.

“Kita di peringkat kementerian (Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah) telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk tujuan itu (naiktaraf),”

“Saya akan memohon keperihatinan daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie untuk tujuan itu (peruntukan segera) .. saya tahu beliau amat perihatin kepada penduduk-penduduk kampung dan apatah lagi di kawasan ini (Pensiangan),” katanya kepada pemberita di pekan Kecil Pensiangan selepas melakukan lawatan kerja bagi meninjau situasi semasa jalanraya tersebut.

Salah satu jambatan kayu yang dibina oleh penduduk Pensiangan

Jalanraya Sepulut – Pensiangan dibina oleh syarikat pembalakan sejak lebih 40 tahun dan direkodkan sebagai jalan maut kerana topografinya curam, berisiko runtuh, bencak dan tidak selamat dilalui khususnya pada musim hujan.

“Hari ini saya meninjau sepanjang jalan itu .. jambatan  dibina secara gotong royong oleh penduduk  dengan menggunakan kayu-kayu disekitar .. ia hanya  boleh dilalui seketika dan tidak selamat dilalui,” katanya.

Peter berkata, beliau akan memastikan projek menaiktaraf jalanraya itu dilaksanakan dengan segera  dan meminta agensi berkuasa yang terbabit (Jabatan Perhutanan Sabah) supaya mengeluarkan jalanraya itu daripada warta perhutanan.

“Proses ini sangat penting .. saya akan mengusulkan cadangan itu pada mesyuarat kabinet yang akan datang untuk dimuktamadkan,” katanya.

Sebanyak empat buah sekolah kerajaan yang menempatkan seramai 500 orang pelajar di kawasan Pensiangan, selain beberapa agensi kerajaan beroperasi di situ yang Peter  tegaskan memerlukan akses penting itu untuk keterusan hidup penduduk di situ.

Peter diiringi oleh Pengarah serta pegawai-pgawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam lawatan darat sehari suntuk ke daerah terpencil negeri Sabah itu.

 

Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk menubuhkan satu pasukan yang berfungsi untuk mengenalpasti lokasi-lokasi bermasalah di sepanjang jalan itu untuk dibaiki dengan segera.

 

Peter turut meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000.00 untuk membiayai projek pembinaan sebuah Mahkamah Anak Negeri (MAN) Pensiangan dan sebuah bangsal yang masing-masing mendapat agihan RM250,000.00 setiap satu.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.