POLIS Kota Belud di Sabah tidak berkompromi dengan mana-mana penduduk yang didapati memiliki bakakuk atau senjata buata sendiri.
“Polis akan tangkap,” Tegas SUP Sahimi Bin Husin.
Ketua polis itu memberitahu demikian semasa mengumumkan hasil tangkapan senjata buat sendiri itu dalam dua serbuan di daerah itu.
“Terbabit tangkapan disiasat dibawah seksyen 8(a) Akta Senjatapi 1960 dan jika sabit kesalahan, bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun, atau dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sahimi menasihatkan penduduk di situ supaya bekerjasama dengan polis dengan memberi maklumat jika mendapati terdapat penduduk yang memiliki senjata haram itu. – Oleh: JOHAARY INDAN