Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

37 badan komuniti Kadamaian terima pelbagai kelengkapan dari Ewon

0
Disayangi rakyat, Ewon disambut mesra oleh rakyatnya di Kadamaian

KOTA BELUD (Sabah, Malaysia): Sebanyak 37 badan komuniti Kadamaian menerima sumbangan pelbagai kelengkapan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.

Ewon menyampaikan peralatan polypipe kepada rakyatnya di Kadamaian

Penyerahan sumbangan diadakan di Pejabat Khidmat Adun Kadamaian, Kg.Piasau selepas beliau menyempurnakan Program Membudayakan Masyarakat Berkoperasi Peringkat Zon Ulu Wariu (NATESA) anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), di Dewan Serbaguna SIB Kg.Nahaba, di sini, hari ini.

Antara penerima sumbangan itu ialah Kampung Takulung, Kg.Pomotodon, Kg.Soronsob, Kg.Togudon, Kg.Tombulion Laut, Kg.Kinasaraban, SK Tombulion, Kg.Ratau, Gereja SIB Lingkubang, Tadika Ria Mesra Minangkob, SK Kebayau, KRT Kg.Sogoh.

Gereja SDA Tuguson, Gereja SIB Nahaba, Gereja Chapel St.Thomas Kelawat, Gereja SIB Tegudon, Gereja SIB Purak Ogis, Gereja RC Ponopuan, Gereja SIB Bundu Lapak, Gereja SIB Rangalau,  Gereja SIB Mndap, Gereja SDA Tambulion, Gereja SIB Kebayau dan Surau Kg.Nahaba.

Sumbangan pelbagai kemudahan antaranya kerusi plastik, kerusi panjang rumah ibadat, meja, kanopi dan polypaip diberikan berdasarkan permohonan penduduk kampung berkenaan.

Pembekalan kelengkapan tersebut dilaksanakan melalui peruntukan khas ADUN Kadamaian.

 85 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.