Oleh JOHARY INDAN
SERAMAI 500 bekas penyokong beberapa parti pembangkang di daerah ini menyatakan sokongan dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu ( BERSATU) Lahad Datu.
Borang kemasukan keahlian mereka diserahkan wakil mereka, Thomas Wong kepada Ketua BERSATU Lahad Datu Abdul Hakim Gulam Hassan.
Majlis penyerahan borang kemasukan ahli itu diadakan sempena Majlis Pemimpin Bersama Persatuan Masyarakat Cina, di sini.
Ia ekoran penubuhan Sayap Bersekutu BERSATU Malaysia di mana ahlinay terdiri bukan Bumiputera.
Sehubungan itu, Abdul Hakim mengumumkan Thomas dilantik sebagai Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Lahad Datu.
Abdul Hakim berharap kewujudan sayap Bersekutu BERSATU mampu memantapkan parti itu di Lahad Datu.
Selain itu, beliau yakin sektor ekonomi akan terus bertambah baik dengan pembukaan semula perindustrian yang sebelum ini terjejas akibat Covid-19.
192 total views, 1 views today