Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rendy, Hizaz sertai UiTM FC

0

Oleh DG HENRY

HIZAZ LOKMAN

DUA pemain Sabah FC musim lalu, Rendy Robson Rining dan Mohd Hizaz Lokman sah menyertai pasukan baharu UiTM FC dalam Liga Malaysia musim ini.

Rendy, 29, menggalas tugas sebagai penjaga gol manakala Hizaz, 22, beraksi di posisi sayap kanan.

Seorang lagi rakan mereka, Rahman Shah Marajeh turut menyertai pasukan baharu, Harini KS FC, kelab dalam Liga M3.

Kedua-dua mereka beraksi bersama UiTM FC dalam dua perlawanan persahabatan pra musim menentang Penang FC pada malam Isnin yang berkesudahan seri 1-1 dan menentang Tun Razak City FC yang juga mencatat keputusan 0-0 Sabtu lalu.

RENDY ROBSON RINING

Mereka balik ke Kota Kinabalu malam ini (Selasa) setelah diberi cuti seminggu dan akan kembali meneruskan latihan bersama pasukan minggu depan.

Ketika dihubungi, kedua pemain itu berharap mereka dapat melakukan yang terbaik bersama pasukan baharu itu.

“Doakan saya dan Rendy dapat bermain baik bersama UiTM FC kerana kami membawa nama Sabah di luar,” kata Hizaz.

Sementara itu, bekas jurulatih skuad Liga Perdana Sabah, Jelius Ating mengucapkan tahniah kepada kedua-dua  pemain tersebut bersama pasukan baharu.

“Kita doakan semoga mereka berdua terus sukses bersama UiTM FC,” katanya.

Pemain terbabit menyusuli jejak tujuh rakan mereka yang juga telah menyertai pasukan yang baharu musim ini.

Mereka ialah Azizan Nordin, Hamran Peter (Penang FC), Syukri Baharun, Harith Naem (Melaka United), Evan Wesley (Kelantan United FC), Sabri Sahar, Jenius Karib dan Arisdius Jais (Kinabalu Jaguar FC).

 

 700 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.