Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jalan Ranau – Tambunan Kini Boleh Dilalui

0

Oleh: EKOK AMIN

HUBUNGAN antara daerah Ranau dengan Tambunan pulih, selepas selorong jalan di kilometer 21.2 dibina, menurut Jabatan Kerja Raya daerah.

Jam 9 pada Jumaat runtuhan jalan berhampiran Kampung Tungou Ranau berlaku mengakibatkan hubungan Ranau dan Tambunan terputus.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ranau, Mac Glen Frederick Lojuman ketika dihubungi memberitahu tanah runtuh membawa bersama pokok tumbang dan batu, menghalang keseluruhan laluan menyebabkan pengguna jalanraya terkandas.

“JKR telah menghantar 2 jengkaut ke lokasi untuk mengalihkan timbunan tanah,” Katanya.

Lewat petang pada Sabtu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan laluan antara kedua-dua daerah itu kini pulih.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.