Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Polis Kningau optimis benteras jenayah

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Polis Keningau optimis bahawa usaha membenteras jenayah hanya akan lebih berkesan jika pasukan itu sentiasa bersama dengan masyarakat khususnya pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi.DSC_0519

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada dan kita akan perkasakan tema ini,” jelas Ketuanya Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong.

Taong berkata, kehadiran pemimpin-pemimpin seperti Ahli-Ahli Yang Berhormat, pemimpin-pemimpin masyarakat dan ketua-ketua jabatan di majlis sambutan peringatan hari polis pada Sabtu (26 Mac 2016) amat bertepatan dengan tema Polis itu.

DSC_0558 “Ini adalah permulaan yang sangat positif,” katanya kepada pengamal media selepas ditemui di Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 209 peringkat daerah Keningau Sabah.

Majlis gilang gemilang itu diadakan di padang bandaran Keningau, dan yang pertama seumpamanya diadakan dikhlayak awam.

Ketua Polis itu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa PDRM akan berusaha menjaga keselamatan dan ketenteraman masyarakat di daerah Keningau.

Begitu pun jelasnya usaha itu memerlukan kerjasama rapat daripada masyarakat setempat, terutamanya untuk menyalurkan maklumat yang perlu ditangani bersama.

Terdahulu, Taong mengumumkan pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah di daerah Keningau bagi memberi peluang kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam program Community Policing.

Keahlian kelab yang pertama seumpamanya ditubuhkan itu adalah  golongan belia bagi tujuan mengekang golongan itu daripada terlibat dalam gejala sosial serta jenayah.

Kelab itu turut membuka pintu kepada orang awam termasuk agensi kerajaan, swasta serta persatuan.

Di majlis itu Taong menyampaikan penghargaan kepada beberapa orang pengamal media, diatas sumbangan mereka menerbitkan berita yang berkaitan serta pendedahan mengenai kejayaan PDRM mengurangkan indeks jenayah di Keningau.

Pegawai, anggota PDRM serta beberapa orang pemimpin masyarakat turut menerima sijil penghargaan daripada ketua polis itu.

Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Haji Karno, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Bobbey A. Suan, Pegawai Daerah Keningau Haji Yuspo Haji Osman, Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nadzri Nik Zawawi, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan, Sahanip Jamil, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook, Charles Ekang, beberapa orang ahli-ahli perniagaan terkemuka yang antaranya Datuk Yapp Yun Fok dan Raymond Koh merupakan diantara tetamu khas di majlis itu.

Akhbar atas talian – Borneo Digest membuat liputan penuh majlis itu.

 

 746 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.