Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Percutian hujung minggu di Keningau

0

POPODSUON merupakan satu istilah dalam bahasa Dusun yang merujuk kepada tempat bermandi manda. Popodsuon juga terpakai bagi merujuk kamar mandi, namun dalam DSC_0592konteks pelancongan istilah itu terpakai bagi maksud mandi manda di sungai secara santai.

Penjelasan di atas adalah gambaran situasi  riadah di Ulu Keritan Keningau milik Puan Rosanna Edeza yang beliau namakan Popodsuon.

Mempunyai keluasan kira-kira 5 ekar untuk program penghijauan, Popodsuon dibangunkan di sebatang sungai di bawah Banjaran Crocker di tengah-tengah hutan yang sebahagian besarnya masih belum terusik.

Rosanna memberitahu bahawa pembangunan Popodsuon akan mengambil masa kira-kira lima tahun, yang apabila siap kelak mempunyai kawasan rekreasi, rumah penginapan ala hobbit serta homestay.

Sekeliling Popodsuon akan dibangunkan dengan penanaman pokok durian berkualiti tinggi, buah-buahan tempatan terpilih serta sebahagian kawasan itu mengandungi pembenihan pokok herba untuk kajian ahli-ahli saintis.

“Kawasan ini akan dibangun tanpa mengubah keadaan yang asal,” katanya dan menambah sebuah rumah di atas pokok turut termasuk dalam projek pembangunan di kawasan itu.

Popodsuoan di sungai Ulu Keritan Keningau merupakan destinasi selamat untuk beristirahat di kawasan pedalaman Sabah.

 

 733 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.