Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

8,000 murid sarapan pagi percuma mulai 20 Jan 2020

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mistirine Radin berkata, sebanyak 15 buah sekolah rendah di Sabah terlibat dalam Program Sarapan Pagi (PSP) yang bermula pada 20 Januari depan.

MISTRINE RADIN

Program julung kali diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia itu melibatkan seramai 8,000 orang murid di Sabah, melibatkan 15 buah daerah di seluruh negeri yang mempunyai peratus murid daripada golongan Bottom 40 (B40) yang tinggi.

Sekolah-sekolah penerima adalah Sekolah Kebangsaan (Sk) Penangah, Telupid; Sk St James (M) Kudat; Sk Tandek, Kota Marudu; Sk Nambayan, Tambunan; Sk Kabogan, Semporna; Sk Bukit Garam, Kinabatangan; Sk Pinggan-Pinggan, Pitas.

Sk Binsulok, Beaufort; Sk Kuala Tomani, Kemabong Tenom; Sk Kebagu, Kota Kinabalu; Sk Kulambai, Kota Belud; Sk Pekan Nabawan, Pensiangan; Sk Kundasang, Ranau; Sk Sungai Anib 1, Sandakan dan Sk Umas-Umas, Tawau.

Kementerian Pendidikan (KPM)  dalam kenyataan pada jumaat lepas, memaklumkan PSP fasa pertama akan mula dilaksanakan pada 20 Jan 2020 di 100 sekolah rendah di seluruh negara, melibatkan 37,000 murid.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.