Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

MNC Harus Terajui Pembangunan Identiti Ekonomi Masyarakat Momogun – Ewon

“MNC dan 77 persatuan etnik harus jadi pemacu kekuatan ekonomi masyarakat Momogun.” — Datuk Ewon Benedick

0

Penampang, 13 Julai 2025 – Datuk Ewon Benedick menyeru Momogun National Congress (MNC) dan 77 persatuan etnik bersekutu untuk memimpin usaha pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu, pengukuhan ekonomi komuniti ini perlu dipacu melalui pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi berdaya saing.

“Saya ingin melihat kepimpinan MNC mengangkat identiti ekonomi masyarakat ini supaya dapat bersaing dalam sektor ekonomi negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Angkat Sumpah Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi MNC di Wisma Kinsabina.

Beliau turut menjelaskan bahawa dalam tempoh RMK13 (2026–2030), KUSKOP akan memberi tumpuan kepada penskalaan PMKS agar lebih banyak perniagaan berimpak tinggi dapat dilahirkan.

Sebagai sebahagian daripada Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara, Ewon juga memfokuskan pembangunan ekonomi khas untuk Sabah dan Sarawak. Antara inisiatif yang telah diperkenalkan ialah:

  • Geran BEEP PLUS (SME Corp)
  • Skim Pembiayaan Usahawan Tamu & Industri Kraf (TEKUN Nasional)
  • Projek Tamu Desa (KUSKOP)

Beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan khas RM100,000 bagi menyokong sambutan Hari Orang Asal Sedunia anjuran MNC dan persatuan Momogun lain.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.