Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sijil Halal Tambah Daya Saing PMKS – Ewon Benedick

0
EWON

SANDAKAN, 13 Julai 2025 – Persijilan halal mampu menjadi pemangkin utama dalam meningkatkan daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di pasaran tempatan dan global, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Menurut beliau, PMKS yang memiliki sijil halal bukan sahaja mendapat kepercayaan pengguna, malah berpeluang menembusi pasaran antarabangsa kerana sijil halal Malaysia diiktiraf secara global.

“Usahawan yang memiliki sijil halal ke atas produk atau perkhidmatan mereka mempunyai kelebihan, terutamanya apabila menyertai ekspo antarabangsa. KUSKOP bersama agensi seperti PERNAS, SME Corp dan SME Bank sentiasa menyokong usaha ini,” katanya semasa merasmikan Halal Success Program di Kolej Komuniti Sandakan, Ahad.

Tambah beliau, KUSKOP turut menyediakan geran pembangunan industri halal bagi menggalakkan lebih ramai usahawan mendaftar dan mendapatkan pensijilan halal bagi produk mereka.

Halal Success Program dianjurkan secara berperingkat di seluruh negara bertujuan memperkasa kesedaran berkaitan pensijilan halal serta pembangunan produk dan perkhidmatan halal dalam kalangan usahawan.

Ewon turut berharap agar lebih ramai usahawan Sabah tidak ketinggalan menyertai program ini dan mengambil peluang yang disediakan.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.