Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Muhyiddin sedia kerjasama dengan Umno — Dr. Mahathir

0

KUALA LUMPUR (Malaysia) – Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sedia bekerjasama dengan Umno dalam kabinet sekiranya dipilih sebagai Perdana Menteri ke-8, kata Perdana Menteri interim Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bercakap dalam satu sidang media di sini, hari ini Dr. Mahathir berkata bahawa beliau telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan UMNO namun Muhyiddin mempunyai pendekatan yang berbeza.

“Kita juga ada berbincang kemungkinan Muhyiddin mungkin jadi calon (Perdana Menteri). Jika semua memilih calon yang sama saya okay.

“Saya sudah tentu tidak akan terima UMNO sebagai parti komponen. Saya boleh terima ahli yang tidak dikaitkan dengan UMNO sebagai parti.

“Tetapi Tan Sri Muhyiddin lebih releks tentang isu ini. Dia bersedia untuk menerima mereka sebagai en-bloc,” kata Dr. Mahathir. – BD.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.