Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

SMK Gunsanad raih dua anugerah STPM 2019

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia) —  Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad (SMKG) mencatat sejarah pada tahun 2020 apabila merai dua anugerah keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019.

Anugerah itu perolehi melalui keputusan seratus peratus (100 peratus) dan antara sekolah mendapat 4A seluruh Sabah seterusnya mengekalkan prestasi kelulusan seratus peratus buat kali kedua dalam Peperikaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) antara Pejabat Pendidikan Daerah Keningau 2017 dan 2019.

Selain itu SMKG menduduki tempat pertama terbaik STPM 2019 peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Keningau diantara pusat tingkatan enam  dari 6 buah sekolah yang mempunyai pusat tingkatan enam di daerah ini.

Pengetua SMK Gunsanad, Jemira Ekong berkata, pencapaian cemerlang 100 peratus hasil dari kerjasama padu dan komitmen pelajar, guru dan ibubapa serta unit bimbingan dan kaunseling yang berusaha memastikan kejayaan tersebut dengan cemerlang.

Katanya, diantara 51 calon terbaik STPM 2019, seorang calon dari SMKG mencapai 4.0 iaitu adik Noraina Binti Noraidi 20, seterusnya pula gred purata (KPI) sekolah telah mencapai 2.61.

“Kita amat gembira kerana keputusan ini, terdapat tiga aliran calon STPM di sekolah iaitu Kemanusiaan, Sains dan Calon Berkeperluan Khas (CBK) dengan 18 pelajar semuanya mencapai keputusan terbaik termasuk seorang dari calon CBK, teruskan usaha untuk mengekalkan kejayaan ini sesuai dengan slogan SMKG iaitu “Berabis Cemerlang”, ertinya berhabis-habisan berusaha sedapat mungkin untuk mencapai kejayaan, tahniah kepada semua calon yang berjaya,

“Rangking ini tidak sama dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ia disusun ikut 3 kategori pusat tingkatan  6,  yakni kategori A calon STPM kurang dari 50 orang (1-49); kategori B (50-99 calon) dan kategori C lebih 100 calon1” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Transkrip STPM Tahun 2019 di Dewan Kuliah Tingkatan 6 di sini.

Dalam pada itu, Jemira  menyambut baik pengumuman Pembantu Menteri Pendidikan dan Inovasi Jennifer Lasimbang mengenai peruntukan RM11 juta biasiswa untuk pelajar lepasan sekolah yang melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi (IPTA) dan ke peringkat Dipolma.

Katanya, peluang ini perlu diambil oleh pelajar lepasan sekolah yang layak agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan mencapai cita-cita mereka.

Selain usaha sekolah terdapat juga kerjasama dari sebuah Syarikat CLPG Packaging Sendirian Berhad Pulau Pinang yang telah menaja 6 orang calon STPM dan 2 orang SPM dalam program melawat sambil belajar pada 12 hingga 16hb Ogos 2019 lalu ke Pulau Pinang dan Perak beserta dua orang guru pengiring.

Hadir sama Timbalan YDP Persatuan Ibubapa dan Guru, Afline Yabu, Penolong Kanan Pentadbiran Hj.Sabdin Hj Saribin dan Penolong Kanan Tingkatan 6, Aily Razman Abdullah.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.