Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Armada Bersatu sokong sekolah dibuka semula

0

ARMADA Parti  Peribumi Bersatu Malaysia (Brsatu) menyambut baik saranan Menteri Kanan Pendidikan (KPM) Malaysia Dr. Radzi Jidin yang mecadangkan pembukaan Sesi Persekolahan berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran  PdP bersemuka.

Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK) Armada Bahagian parti itu di Keningau Ar-Rafi Yasin berkata, beliau turut  menyokong tindakan KPM supaya semua sekolah bantuan kerajaan dan Institusi Pendidikan yang berdaftar dengan kementerian itu dibuka secara berperingkat.

“Tetapi cadangan ini bergantung kepada keadaan keselamatan dan kesihatan semasa dengan merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),”

“Hal ini kerana pembelajaran secara bersemuka adalah lebih diutamakan keranan  para pendidik yang mengajar adalah terlatih dengan pengalaman mengajar yang professional,”.

“ Dan saya berpendapat bahawa keperluan menutup sekolah adalah tidak perlu jika berada dalam keadaan risiko yang sangat rendah,” Katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahan lagi jelas Rafi,  Program imunisasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sekolah harus diberi keutamaan kerana vaksin bertindak sebagai antibodi untuk menjauhkan dan merendahkan kadar jangkitan wabak Covid-19 dalam komuniti sekolah.

KPM pada baru-baru ini membuat ketetapan bahawa  sekolah akan dibuka secara berperingkat  melalui Pengajaran dan Pembelajaran bersemuka mulai 1 September ini.

Anggota Armada itu mengingatkan agar semua warga sekolah untuk mengamalkan norma baru dengan pemakaian pelitup separuh muka, kerap mencuci tangan dan penjarakkan sosial menjadi sebahagian daripada amalan hidup termasuk di Sekolah.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar pendemik Covid-19 segera berakhir dan kembali normal agar sesi pembelajaran dapat berjalan dengan baik untuk mencapai tujuan pembelajaran dan pendidikan sebenar,” Katanya.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.