SEBILANGAN individu di seluruh dunia mengakui mengalami lebih 200 simptom Covid-19 yang memberi kesan kepada kehidupan seharian mereka, termasuk saiz zakar semakin mengecil, lapor akhbar The Sun semalam.
Kajian secara online yang dijalankan di 56 buah negara itu menemui pelbagai masalah termasuk melibatkan otak, paru-paru dan kulit pesakit.
Hampir 3,400 responden yang mengambil bahagian adalah mereka yang disahkan atau disyaki dijangkiti Covid-19.
Daripada kajian tersebut, kumpulan penyelidik mengenal pasti sebanyak 203 simptom melibatkan 10 sistem organ manusia.
Antara masalah utama yang dialami responden adalah kegagalan fungsi seksual serta saiz zakar yang semakin mengecil.
![]()