Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Penerima vaksin tempatan dan bukan warganegara di PPV Keningau diasingkan — Walter

0
Kawasan perkumpulan penerima vaksin dikalangan penduduk tempatan di Astaka Kompleks Sukan Keningau

PEGAWAI Daerah Keningau Walter Kenson berkata, penguranan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Keningau dikemaskini dengan hanya membenarkan seramai 500 kehadiran pada setiap hari.

Katanya, perubahan terbaru itu dilakukan bagi mengelak kesesakan berlaku.

ruang penerima vaksing bukan warganegara

“Perubahan ini kita perkenalkan pada 17 Ogos 2021 yang lalu dan ia sangat berkesan,” katanya kepada media dalam satu persidangan media di sini pada Jumaat.

Walter berkata, pengasingan penerima vaksin turut dilakukan dengan menyediakan tempat khusus kepada penerima vaksin dikalangan bukan warganegara.

“Kesemua mereka di tempatkan di Astaka Kompeleks Sukan Keningau .. warga tempatan dalam satu kumpulan sementara bukan warga negara satu kumpulan yang berasingan .. kita tidak kumpulkan mereka dalam satu kumpulan,” katanya.

Walter juga memberitahu bahawa lorong pejalan kaki turut disediakan secara berasingan antara penduduk tempatan dan bukan warganegara.

“Kaunter pemberian vaksin juga turut diasingkan,” tambahnya, dan berkata, hanya 500 keping nombor giliran disediakan pada setiap hari untuk penerima vaksin walk in.

“Dalam pukul tujuh pagi pengagihan nombor mula diagihkan .. dan siapa yang mendapat nombor tu dikehendaki berkumpul di lokasi pengasingan (Astaka Kompleks sukan Keningau) .. dan siapa yang gagal mendapatkan nombor, pihak keselamatan arahkan balik (pulang) dan datang semula pada esok hari,”.

“..Kesannya ialah kesesakan tidak berlaku lagi .. kedua memberi keselesaan kepada penduduk yang minta vaksin kerana mendapat tepat duduk yang selesa .. minggu pertama yang lalu mereka berpanas dan berhujan, sekarang masalah itu sudah diatasi,”.

Walter berkata, system baharu yang mereka perkenalkan itu cukup berkesan selain mengurangkan tekanan kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Dalam tempoh beberapa jam .. pukul sepuluh (10) pagi urusan vaksin untuk program walk in selesai .. di luar sana kesesakan tidak berlaku lagi,” .

“Ini yang kita buat dan minta penduduk Keningau supaya jangan risau .. kita dari masa ke semasa perbaiki system ini,” jelasnya.

Pegawai Daerah Keningau itu berkata bahawa kesesakan yang berlaku pada sebelum ini sebagai satu perkara yang nagetif, tetapi sebaliknya menyifatkan  positif menunjukkan kesederan penduduk terhadap pentingnya vaksin sangat perlu dan penting. – OLeh: EKOK AMIN

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.