Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Program terbuka vaksin (walk in) di PPV Keningau lancar – DO

Kesesakan pada hari pertama menunjukkan kempen memerangi pandemik Covid-19 yang dilancarkan di daerah Keningau berkesan -- Tuan Walter Kenson

0

PERLAKSANAAN walk in vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Keningau teratur, dan berjalan dengan lancar, kata PegawaiDaerah Keningau Walter Kenson.

Jelasnya, program terbuka itu mendapat sambutan yang luar biasa menunjukkan kesederan masyarakat untuk mendapatkan suntikan vaksin sangat menggalakkan.

“Sedikit kekeliruan pada hari pertama diperkenalkan, tetapi kami melihat ia sesuatu yang sangat positif,” katanya dalam satu persidangan media di lokasi pengasingan penerima vaksin di Astaka Kompleks Sukan Keningau pada Jumaat.

Walter berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa terdapat penduduk yang berbaris seawal jam tiga pagi untuk menunggu giliran bagi mendapatkan suntikan dos itu perlu dilihat dalam sudut yang baik, pada ketika perjalanan program itu dipantau dengan ketat oleh pihak keselamatan serta petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kehadiran begitu ramai pada hari pertama, kita akui itu .. penduduk datang awal bagi tujuan  mendapat giliran yang lebih awal .. ini yang sebenarnya berlaku .. tiba awal, itu betul kerana tempat tinggal mereka jauh dan datang awal adalah piliahan mereka,”.

“Senerio itu tidak ada kaitan dengan pengurusan kerana proses  pemberian vaksin berjalan seperti biasa,”.

“Di PPV Keningau hanya diberikan kuota sebanyak 500 penerima, tetapi yang hadir melebihi 1000 orang dan berbaris hampir setengah kilometer,”.

“Kehadiran yang begitu ramai itu dijadikan isu oleh sesetengah pihak yang mendakwa kumpulan yang ramai ini akan mengwujudkan kluster baharu  dan jangkitan baharu,”.

“Kedua mereka kata orang tempatan belum lagi habis divaksin, kenapa memberi vaksin kepada orang bukan warganegara,” katanya.

Walter berkata, sambutan hangat mengenai program itu di Keningau menunjukkan kempen memerengi pandemik COVID-19 yang diperkenalkan di daerah itu berkesan dan berhasil.

“Kita berjaya meyakinkan penduduk di sini (Keningau) bahawa vaksin ini sangat penting  dan keinginan mereka untuk mendapatkan suntikan itu sangat tinggi dan menggalakkan,” jelasnya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.