Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ismail Sabri junjung kasih Yang di-Pertuan Agong

0
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memujuk cucu kesayangannya

“PATIK menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billala Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, atas perlantikan patik sebagai Perdana Menteri Malaysia” – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran Facebook peribadinya pada Sabtu.

Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia kesembilan turut menulis ucapan terima kasihnya kepada kesemua Ahli Dewan Rakyat diatas sokongan dan kepercayaan mereka kepada beliau.

Pagi sebelum berangkat ke Istana, Ismail Sabri sempat menenangkan satu-satu cucunya yang merajuk kerana tidak pergi bersama dengan atuknya.

“Dia memang manja dengan saya, kalau boleh dia nak ikut saja saya pergi,” katanya dalam coretan tiga para dalam Facebook.

Ismail Sabri berkongsi sekeping gambar beliau yang menunjukkan cucunya memakaikan songkok kepadanya sejerus sebelum bertolak ke Istana.

Ismail Sabri mengangkat sumpah taat setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.