SEORANG pesakit psikiatri cuba membunuh diri dengan terjun dari jambatan besi yang merentangi Sungai Pegalan Keningau (Sabah, Malaysia) pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Keningau DSP Shahrudin Bin Mat Husain, lelaki tempatan berumur 22 tahun itu menghadapi tekanan prasaan dan bertindak membunuh diri.
Katanya, siasatan polis mendapati lelaki itu merupakan pesakit psikiatri di Hospital Keningau dan masih dalam rawatan.
“Bilik Gerakan IPD Keningau menerima aduan kira-kra jam 5.30 petang daripada orang ramai bahawa ada seorang lelaki ingin terjun dari Jambatan Sungai Pegalan di Jalan Keningau – Sook,”.
“Bertindak diatas maklumat tersebut pasukan keselamatan terdiri daripada PDRM dan Bomba bergegas ke lokasi,”.
“Suspek dalam keadaan duduk dan menangis di bahagian luar besi penghadang jambatan, suspek diselamatkan dan dibawa ke IPD Keningau untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Shahrudin memberitahu, siasatan mendapati suspek cuba membunuh diri kerana akibat tekanan perasaan.
Suspek tidak mengalami sebaang kecederaan dan dirujuk ke Klinik Psikiatri Hospital Keningau untuk tindakan lanjut. – Oleh: ROSANNA EDEZA
![]()