LETUSAN Gunung Semeru (Lumanjang, Jawa Timur, Indonesia) pada Sabtu menyaksikan sekurang-kurangnya 13 maut manakala 98 lagi cedera.
Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) dalam satu kenyataan memberitahu, kecederaan mangsa sebahagian besar melecur.
“Operasi mencari dan menyelamat masih berterusan untuk memindahkan penduduk yang terperangkap,” umum jurucakap BNPB Indonesia Abdul Muhari, dan menambah mereka yang cedera termasuk dua wanita hamil dan kini menerima rawatan di hospital.
Abdul Muhari memberitahu, BNPB berkerjasama dengan tentera untuk memindahkan penduduk melalui jalan darat dan helikopter turut digunakan bagi mempercepat lagi operasi itu.
Gunung Semeru yang memiliki ketinggian 3,676 meter itu memuntahkan abu sehingga mencecah setinggi 12,000 meter pada 3.20 petang Sabtu.
Lahar daripada letusan gunung berapi itu turut memusnahkan kediaman berhampiran, menyebabkan 902 penduduk di daerah itu terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di kampung Supiturang dan Curah Kobokan. – The Borneo Digest