Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Adun Bingkor Agih 350 Bakul Makanan Di Kg. Nuntunan

0

PEMBANTU Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik menyampaikan bakul makanan kepada seramai 350 orang penduduk Kg. Nuntunan Apin-Apin Keningau (Sabah) yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini pada Ahad.

Bercakap kepada media selepas majlis penyerahan selesai, Robert berkata, beliau menyalurkan bantuan itu bagi pihak kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan  penduduk yang terlibat sentiasa terjaga.

“Harapan saya ialah tiadak ada satu Ketua Isi Rumah (KIR) pun yang akan tercicir daripada menerima bantuan, selain memastikan keperluan makanan mereka sentiasa mencukupi,”.

“Kita juga mahu supaya semua penduduk di kampung itu mematuhi segala peraturan dan arahan-arahan semasa  daripada pihak berkuasa kesihatan disamping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Robert yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor menasihatkan penduduk supaya bersabar sepanjang tempoh PKPD.

 397 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.