Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

18 Ribu Pelajar Keningau Berjaya Divaksin Hujung September ini – DO Keningau

kemampuan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Keningau jauh lebih tinggi berbanding penerima vaksin

0

PENGERUSI Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Keningau Walter Kenson optimis berjaya melangsaikan vaksinasi kepada seramai 18 ribu pelajar berumur 12 hingga 17 tahun selewat-lewatnya hujung September ini.

“Saya cukup yakin dengan kanyataan ini berdasarkan kemampuan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Keningau jauh lebih tinggi berbanding penerima vaksin dikalangan pelajar,” katanya kepada The Borneo Digest ketika ditemui selepas meninjau pusat itu di sini pada Sabtu.

Walter berkata, sambutan yang diberikan oleh pelajar-pelajar mengenai program wajib itu diluar jangkaan.

“Saya sangat berpuas hati dan walaupun pada hari pertama (Khamis) keadaan sedikit sesak, tetapi hari-hari berikutnya berjalan dengan cukup lancer dan teratur,”.

“Kita jadualkan masa untuk datang untuk vaksin berdasarkan masa yang telah ditetapkan oleh sekolah,” jelasnya dan menambah kesemua pelajar yang berjaya menerima vaksin memberi reaksi yang sangat baik kepada petugas PPV Keningau.

Mengenai proses vaksniasi dikalangan orang awam, Walter yang merupakan Pegawai Daerah Keningau mengakui masih terdapat segelintir penduduk yang belum menerima dos itu.

“Dalam peratusan kecil tetapi kita yakin dapat menyelesaikan sebelum tempoh vaksinasi ditamatkan,” katanya.

Menurut Walter, pihaknya dalam proses mencari dan mengemaskini bilangan penduduk yang masih belum divaksin melalui pemereksaan ke  kampung-kampung untuk kali yang ketiga.

“Kita telah mengarahkan kesemua pemimpin akar umbi khususnya Ketua-Ketua Mukim, Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk mengira dan menetapkan berapa kah sebenar penduduk yang belum divaksin,”.

“Kita mempunyai 248 buah kampung yang berdaftar di seluruh Keningau .. kita dalam proses mengira satu persatu penduduk untuk pusiangan ketiga,”.

“Dan sebelum hujung bukan September, kita akan perolehi data yang sebenar,” katanya.

Walter berkata, tujuan pengiraan semula penduduk di setiap kampung bertujuan untuk pemurnian data, dalam usaha menyelaras rekod penerima vaksin sebenar di setiap kampung.

“Proses ini juga bertujuan untuk mengenalpasti penduduk yang telah berhijrah ke daerah yang lain,” jelasnya.

Bersama dalam lawatan itu ialah Ketua Pegawai Kesihatan Kawasan Daerah Keningau Dr Mohamad Norhaizam bin Ahmad@Narawi, Pemimpih Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Fred Tpyong. – Oleh: EKOK AMIN.

 

 

 

 471 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.