TULID (Sook, Pensiangan) – Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng pada Selasa menyampaikan sumbangan kewangan untuk sambutan Majlis Tilawah Al-Quraan peringkat Daerah Kecil Sook yang akan berlangsung pada 16 Febuari 2023..
Majlis tahunan itu bermula jam lapan pagi di Dewan Terbuka Masjid Ar-Raudah Pekan Sook, melibatkan penyertan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid dan Sook, yang akan dirasmikan oleh Ustaz Haslee Bin Harimin, Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) Daerah Kecil Sook.
Pemaju Mukim Tulid Narisin @ Jafdin Petrus menyampaikan sumbangan tersebut bagi pihak Datuk Flovia kepada Pembantu Hal Ehwal Islam Daerah Kecil Sook Mohd Azrin @ Juslin bin Majana.
Tilawah peringkat bahagian Daerah Kecil Sook akan diadakan pada 25 Febuari 2023.
Bercakap kepada The Borneo Digest lewat petang pada Selasa, Mohd Azrin memberitahu pengisian majlis itu antaranya pertandingan Seni Khat antara pelajar-pelajar sekolah rendah melibatkan peserta di kedua-dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid dan Sook.
Orang ramai di kedua-dua DUN berkenaan khususnya penganut agama Islam dijemput hadir untuk menyaksikan majlis tersebut.
319 total views, 1 views today