Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Agong perkenan undi percaya terhadap PM tidak dilaksanakan – Menteri

0

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan agar undi percaya tidak dilaksanakan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada wartawan hari ini.

“Perlembagaan Persekutuan telah beri kuasa besar kepada Agong untuk lantik perdana menteri yang diyakininya mempunyai sokongan majoriti dan ketika itu, 114 ahli parlimen meyokong (Ismail Sabri).

“Ini bukan anggapan lagi, (ahli parlimen) memang mengadap Agong (untuk menyatakan sokongan). Jadi dalam masa singkat, saya tidak lihat mereka mengubah pendirian.

“Jika tempoh masa enam atau tujuh bulan, mungkin ada yang ubah fikiran. Jadi berdasarkan ini, Agong berkenan undi percaya tak perlu diadakan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.-SM

 180 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.