Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Empat kampung ‘orang kaya baharu’

0

PENGAMBILAN tanah tidak selalunya disusuli dengan kisah pahit dan kadang-kadang ada kisah menarik yang muncul, seperti orang yang tiba-tiba menjadi jutawan.

Penduduk yang terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada sesuatu projek pembangunan menjadi kaya kerana mereka mendapat pampasan untuk pengambilan tanah yang mempunyai nilai tinggi.

Detik melaporkan, itulah yang berlaku di Tuban, Jawa Timur apabila penduduknya menjadi jutawan kerana mendapat pampasan untuk projek kilang.

Menariknya, kekayaan yang dimiliki sebagai ‘jutawan segera’ itu membuatkan mereka berbondong-bondong membeli kereta baharu dan tular di media sosial.

Selain Tuban, berikut empat perkampungan yang penduduknya mendadak menjadi jutawan segera.

  1. Yogyakarta
    Penduduk desa di Tirtonadi, Mlati, Sleman menjadi jutawan selepas mendapat pampasan atas ta­nah yang dijual untuk projek lebuh raya Yogyakarta-Bawen.

Salah seorang yang mendapat pampasan berbilion rupiah adalah Sumianto, 50. Tanahnya diganti pampasan sebanyak 2.4 bilion rupiah dan membelanjakan wang tersebut dengan membeli tanah lain serta tiga kereta.

  1. Sulawesi Selatan
    Perkampungan di Kale Komara dekat Takalar mendapat pampasan untuk projek empangan.

Daripada hasil pampasan itu, penduduk membeli kereta dan trak selain ada yang membuat pelaburan.

  1. Jawa Barat
    Penduduk di Kuningan, Jawa Barat turut menjadi ‘buah mulut’ orang ramai selepas tanah milik mereka dibeli kerajaan untuk projek Empangan Kuningan.

Pembangunan projek empangan itu melibatkan 362 keluarga.

Menurut Ketua Kampung, Kawungsari Kusto, nilai pampasan itu diberikan secara berbeza-beza mengikut keluasan tanah dan ba­ngunan yang dimiliki.

“Paling rendah pun ada yang menerima 150 juta rupiah sehingga kepada 1.6 bilion rupiah,” katanya.

  1. Jawa Timur
    Warga desa Tuban tular di laman media sosial apabila ‘memborong’ beratus-ratus kenderaan baharu.

Mereka mendadak menjadi orang kaya selepas menerima pampasan untuk projek kilang yang merupakan kerjasama antara Pertamina dan perusahaan dari Rusia, Rosneft.

“Sampai sekarang sudah ada 176 kereta baharu yang datang. Terakhir kelmarin ada 17 kereta baharu,” kata Ketua Kampung Sumurgeneng, Gihanto.

 

 

 784 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.