Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Anugerah BKD, pembiayaan pengajian BKD UPSI cadang tahun depan – Ewon

0

PENAMPANG (Sabah, Malaysia): Anugerah Bahasa Kadazandusun (BKD) dan pembiayaan pengajian BKD di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diperkenalkan tahun depan, cadang  Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon

Datuk Ewon (tengah) bersama dengan pimpinan KLF mengabadikan gambar kenangan selepas Majlis Pelancaran Modul Buku Kerja Tahun 4, 5 dan 6 di ITCC Penampang pada Ahad

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu memberitahu, anugerah BKD itu dicadang diberikan kepada guru-guru atau mereka yang telah berusaha memperkasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun sehingga diangkat sebagai satu mata pelajaran di sekolah dan peringkat universiti.

“Cadangan kedua saya ialah memperkenalkan pembiayaan atau biasiswa kepada pelajar yang mengikuti pengajian BKD di UPSI.

“Kita tahu ramai pelajar daripada Sabah akan mengikuti pengajian di UPSI dan sudah tentu memerlukan pembiayaan pengajian sama ada PTPTN, biasiswa daripada Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada Yayasan Bank Rakyat (YBR), saya berpendapat yayasan ini boleh menyediakan bantuan kepada bakal graduan di UPSI bagi pengajian BKD,” katanya kepaada  pemberita selepas merasmikan Karnival Bahasa Kadazandusun dan Majlis Pelancaran Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun Tahun 4, 5 dan 6, di ITCC Penampang, di sini, Ahad.

Turut hadir Pengerusi YBR Datuk Philip Lasimbang, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Haji Raisin Saidin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah Hajah Aminah Awang Besar, Pengarah IPG Kampus Keningau Doti Asing dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF) Rita Lasimbang.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, cadangan pemberian biasiswa kepada pelajar UPSI adalah sebagai sokongan kepada universiti berkenaan melahirkan guru-guru BKD berkualiti terutamanya di sekolah menengah.

Mengenai anugerah BKD, beliau mencadangkan supaya pemberian anugerah kepada para pejuang BKD diberikan sempena Karnival Bahasa Kadazandusun pada tahun depan.

“Kementerian saya melalui YBR sudah pasti boleh menjadi sebahagian daripada penyumbang anugerah itu.

“Saya fikir wajar untuk pimpinan dan juga kerajaan memberikan penghargaan kepada guru-guru atau pihak yang terlibat memperkasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun sehingga diangkat sebagai satu mata pelajaran di sekolah dan peringkat universiti,” katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.