Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Arthur serah 1000 bungkusan di Sook

BANTUAN KEMANUSIAAN COVID 19

0

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup mengakui bahawa beliau menyedari semua rakyat terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Memang semua orang memerlukan bantuan pada waktu ini, ramai yang tidak boleh keluar, ada yang terjejas pendapatan, jadi kita akan usahakan … mudah-mudahan kita akan membantu seramai yang mungkin,”

“.. Tetapi untuk waktu ini kita beri tumpuan kepada mereka yang betul-betul memerlukan pada waktu kritikal ini .. Yang Amat Perdana Menteri telah berpesan untuk memastikan bahawa tidak ada rakyat Malaysia yang kebuluran,” Katanya kepada pemberita di Majlis pengagihan bantuan kemanusiaan Covid 19 di sini.

Sebanyak 1000 bungkusan bagi fasa kedua mula diagih-agihkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook secara berperingkat.

Hari ini (Sabtu) Arthur menyampaikan sendiri bantuan-bantuan itu kepada penduduk di lima buah kampung melibatkan, Sasagahan, Sinar Harapan, Tiulon, Mapila dan Kuala Biah.

Timbalan Menteri itu menempuh perjalanan yang sukar termasuk melalui jalan tanah merah serta sempit bagi memastikan bantuan kemanusiaan itu sampai kepada sasaran.

Sebelum itu pada Jumaat, Arthur yang merupakan Wakil Rakyat Parlimen bagi Pensiangan telah mengagih-agihkan bantuan yang sama kepada penduduk Nabawan serta mangsa-mangsa banjir kilat di Kampung Salung.

Pada Ahad, Arthur akan menyambung semula lawatan kerjanya untuk menyampaikan bantuan yang sama kepada empat buah kampung lagi, melibatkan Alab Lanas, Delayan Lama, Bunang Ulu dan Seri Menanti.

 

 

 443 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.