Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Peruntukan bersifat menyeluruh – Datuk Peter

BANTUAN KEMANUSIAAN COVID 19 SABAH

0

PERUNTUKAN yang disediakan oleh kerajaan Sabah bagi bantuan kemanusiaan Covid 19  bersifat menyeluruh, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.

“Ia bukan semata-mata penyediaan bahan makanan tetapi merangkumi kepada aspek yang berkaitan,”

Peter menyerahkan bantuan kemanusiaan Covid 19 kepada salah seorang petugas di Pitas

“.. Kalau kita lihat baru-baru ini apabila berlaku permasalahan mencari tempat untuk kurantin baharu seperti di Tandik 2 .. kedudukan yang tidak tersedia, bekalan air tidak ada dan sebagainya .. kita perlu mencari peruntikan untuk menyediakan infrastruktur sebelum digunakan,”

“.. Dan peruntukan itu lah yang kita gunakan untuk penyediaan tangki-tangki, pemasangan paip bagi memastikan tempat itu sesuai digunakan,” Katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja di Pitas.

Peter berkata bahawa dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri menggunakan peruntukan khas bagi bantuan kemanusiaan Covid 19 untuk penyediaan infrastruktur sebagai ‘tomahan’ yang bersifat politik dan tidak berasas.

Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Melalap memberitahu bahawa kerajaan Sabah diantara yang terbaik dalam Malaysia dalam usaha menangani musibah Covid 19 khususnya dalam aspek pemantauan dan pembendungan.

“Sebab itu kita (Sabah) menggunakanpakai inisiatif tersendiri tanpa menunggu peruntukan dari kerajaan pusat yang terlalu lambat,” Katanya dan menambah siapa dahulu yang mengeluarkan peruntukan bukan lah persoalan utama kerana akhirnya ia boleh dituntut kemudian.

Peter memberitahu bahawa peruntukan  bantuan kemanusiaan itu turut digunakan untuk pemulihan infrastruktur penduduk Kampung Salung Pensiangan yang dilanda banjir kilat pada Khams lalu.

Sepanjang berada di Pitas, Peter turut menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di situ selain meninjau situasi jalanraya di Kampung Solinpodoon Darat yang beliau umumkan perlaksanaan akan dilakukan selepas Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) berakhir.

Beliau turut mengumumkan penambahan penyimpanan air bagi daerah Pitas yang beliau sifatkan tidak lagi menampung keperluan pengguna.

Untuk rekod catuan ari di daerah itu (Pitas) hanya 6 MLD ( 6 Juta Liter Sehari), sementara keperluan semasa memerlukan sekurang-kurangnya 8 Juta Liter Sehari dan memerlukan penambahan 3 juta liter sehari sebagai langkah menghadapi keperluan semasa selain bencana kemarau.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.