Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Arthur serah bantuan mangsa banjir di Tulid

0

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, beliau telah mengenalpasti punca limpahan banjir yang sering melanda di beberapa buah kampung di kawasan Tulid disebabkan struktur ekologi Sungai Sook.

Katanya sungai itu tidak mampu lagi untuk menampung aliran air disebabkan faktor alam sekitar selain masalah setempat

Dalam masa terdekat katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang berkaitan, termasuk Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook dan Jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran Keningau untuk mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalai itu supaya tidak akan berulang.

“Perbincangan tertumpu untuk mencari mekanisma untuk menangani banjir, termasuk meluruskan dan membesarkan sungai yang menjadi punca limpahan air,” Katanya dalam satu kenyataan selepas menyampaikan bantuan bungkusan dan wang tunai kepada seramai 32 mangsa banjir di Kampung Pauh dan Tulid di sini pada Ahad.

Sungai Sook melimpah dan menengalami beberapa buah kampung di kawasan rendah di situ ekoran hujan turun sejak beberapa hari yang lalu, dan turut merosakkan beberapa batang jalan raya di situ.

Arthur memberitahu beliau sangat bersimpati dengan mangsa-mangsa yang terlibat dan meminta mereka bersabar untuk beberapa ketika sehingga tindakan pembaikan dilaksanakan.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengurusan Bencana Daerah Kecil Sook, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NADMA yang telah mengambil tindakan pantas untuk memindahkan penduduk yang terkesan banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Pauh,”

“Penduduk-penduduk yang dipindahkan ke PPS ini telah dibekalkan dengan makanan masak berbungkus sebanyak 3 kali sehari selama mereka tinggal di situ”.

“Saya juga sedang menunggu laporan penuh daripada Pejabat Daerah Kecil Sook mengenai kerja-kerja infrastruktur mendesak yang perlu dilaksanakan, contohnya gabion, culvert, dan perparitan,” Jelasnya.

Sementara itu seorang penerima bantuan, Puan Raimah Sainting, 51, dari Kampung Pauh, Tulid berkata bantuan yang dihulurkan oleh Ahli Parlimen Pensiangan itu sangat membantu untuk meringankan bebanan keluarganya.

“Terima Kasih Datuk Arthur,” Jelsnya.

 1,185 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.